Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for banking industry professionals · Sunday, March 9, 2025 · 792,385,689 Articles · 3+ Million Readers

Curia Mengumumkan Pembiayaan Semula Strategik untuk Menyokong Pertumbuhan Berterusan

/EIN News/ -- ALBANY, N.Y., March 09, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Curia Global, Inc. (Curia), sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak yang terkemuka, hari ini mengumumkan pembiayaian semula kemudahan kredit terjamin senior organisasi itu.

Urus niaga itu menyediakan modal tambahan kepada Curia dan memanjangkan tempoh matang kemudahan kredit terjamin organisasi itu, yang mengukuhkan kedudukan perniagaan untuk mencapai pertumbuhan berterusan. Ini akan membolehkan Curia memanfaatkan peluang pasaran yang menarik dalam pasaran pembangunan dan pembuatan ubat sekaligus memajukan misi untuk bekerjasama dengan pelanggan biofarmaseutikal untuk membawa terapi yang mengubah hidup ke dalam pasaran.

"Pembiayaan semula membuktikan keyakinan pemberi pinjaman dan pelabur kami terhadap Curia," kata Philip Macnabb, Ketua Pegawai Eksekuti Curia. “Kemudahan kredit baharu ini akan membolehkan kami terus melabur dalam projek pertumbuhan utama yang mempertingkatkan keupayaan unik kami dan memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami.”

Inisiatif pertumbuhan organik baru-baru ini meliputi pelaburan besar dalam fasiliti Curia di Rensselaer, New York untuk mengembangkan kapasiti pembuatan komersial bagi bahan farmaseutikal aktif yang kompleks. Curia juga telah membuat pelaburan yang besar dalam keupayaan isian akhir bersteril yang tercanggih di fasiliti organisasi itu di Albuquerque, New Mexico serta rancangan selanjutnya untuk mengembangkan keupayaan isian akhir di fasiliti organisasi itu di Glasgow, UK yang berupaya memproses dua kali ganda saiz kelompok GMP semasa.

Perihal Curia

Curia merupakan sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) dengan pengalaman lebih 30 tahun, rangkaian bersepadu bagi lebih 20 tapak global dan kira-kira 3,100 pekerja yang bekerjasama dengan pelanggan biofarmaseutikal untuk membawa terapi yang mengubah kehidupan ke pasaran. Tawaran kami tersedia dalam bentuk molekul kecil, API generik dan biologi merangkumi penemuan melalui pengkomersialan, dengan keupayaan pengawalseliaan, analitikal dan isian askhir bersteril yang bersepadu. Pakar saintifik dan proses kami serta fasiliti kami yang mematuhi kawal selia memberikan pengalaman terbaik dalam kelasnya yang meliputi bahan aktif ubat-ubatan dan pembuatan produk ubat-ubatan. Kami menjayakan setiap langkah, daripada rasa ingin tahu hinggalah mengubati, untuk mempercepatkan penyelidikan anda dan menambah baik kehidupan pesakit. Lawati kami di curiaglobal.com.

Maklumat Hubungan Korporat:
Viana Bhagan
Curia Global, Inc.
+1 518 512 2111
corporatecommunications@CuriaGlobal.com


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Healthcare & Pharmaceuticals Industry ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release